CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 7, 2008

Friends


Friends! funny picture
Funny Stuff & Myspace layouts



Monday, October 6, 2008

Kisah Cinta Sahabat

Satu hari CINTA dan KAWAN berjalan-jalan di perkampungan.Tiba-tiba CINTA terjatuh ke dalam telaga…. Kenapa..??Kerana.. CINTA itu buta. Lalu KAWAN pun cari CINTA dalam telaga.Kenapa??Kerana… KAWAN itu setia sebagai kawanDi dalam telaga, CINTA hilang.Kenapa??Kerana…CINTA itu halus, mudah hilang jika tidak dijaga, Sukar di cari apatah lagi dalam telaga yang gelap. Lalu KAWAN pun terus mencari dan manunggu.Kenapa??Kerana….KAWAN itu sejati dan akan kekal sebagai KAWAN Jadi, hargailah KAWAN kita selagi kita terasa ia bererti….Saya bersyukur kerana berpeluang menjadi KAWAN anda, saya berharap anda juga demikian

AJARAN SESAT: AYAHANDA MATI 9 KALI

'Ayahanda' mati 9 kali. Oleh Ibrahim Isa dan Zalifah Mohd Yatimdr The New Straits Times Press (M) Berhad JOHOR BAHRU: Mati sembilan kali dan boleh pergi ke suatu tempat dalam masa tujuh saat adalah antara dakwaan seorang pengamal ajaran sesat yang sedang giat mengumpul pengikut baru, termasuk dari negara jiran.Lelaki yang menjadikan Jumaat sebagai hari perjumpaan dengan pengikutnya di Gunung Ledang itu, didakwa mempunyai banyak pengikut dari Singapura selain rakyat tempatan yang terpengaruh dengan dakyahnya.Seorang lelaki memberitahu Harian Metro, dia diberitahu mengenai kegiatan lelaki berkenaan yang menggelarkan dirinya 'Ayahanda Gunung Ledang' sejak tiga bulan lalu daripada majikannya yang berasal dari Singapura.Dia berkata, majikannya sering menceritakan mengenai kehebatan 'ayahanda,' terutama dakwaan lelaki itu kononnya dia hidup semula selepas mati sembilan kali.Majikannya sering mendakwa 'ayahanda' mampu bergerak ke sesuatu destinasi dalam masa tujuh saat dan boleh bertemu sesiapa saja dengan cepat seperti dari Gunung Ledang ke Pahang."Hanya dua perkara itu sering dikatakan majikan sejak tiga bulan lalu menyebabkan saya musykil bagaimana mereka boleh mempercayainya."Setiap Khamis malam Jumaat hingga Sabtu, majikan saya bersama rakan senegara akan ke Gunung Ledang untuk bertemu 'ayahanda,' cuma lokasi sebenar belum diketahui."Apa yang saya tahu, majikan saya yang juga warga Singapura sering bertemu 'Ayahanda' bersama rakan senegara selain beberapa pengikut lain dari daerah ini dan Segamat," katanya.Walaupun lelaki itu mengetahui sedikit saja mengenai 'ayahanda,' kumpulan itu adalah ajaran sesat berikutan dakwaan manusia yang mati boleh hidup semula.Katanya, dia juga dimaklumkan 'ayahanda' juga boleh mengubati pelbagai jenis penyakit dengan memandikan pesakit yang meminta bantuannya.Pesakit akan dimandikan dengan bayaran tertentu, namun bergantung kepada penyakit yang dihidapi sama ada perlu tidur di kawasan rumahnya atau pulang dan datang semula esok.Mengulas kegiatan 'ayahanda' terbabit, Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Johor (JAJ), Yosree Ikhsan, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan meskipun belum menerima sebarang aduan berhubung ajaran sesat itu.Bagaimanapun, katanya, kira-kira lima tahun lalu, pihaknya pernah menahan seorang lelaki yang mengamalkan ilmu perubatan selepas caranya didapati menyimpang akidah.Katanya, lelaki itu yang menggelarkan diri sebagai 'Waris Gunung Ledang' serta beberapa gelaran lain, akan meminta pesakit bermalam di kawasan tertentu dan mandi menggunakan air kolam suci."Tindakannya itu menimbulkan curiga di kalangan pesakitnya dan apabila laporan dilakukan, kami melakukan serbuan dan tindakan sudah dikenakan ke atas lelaki berkenaan."Sejak dikenakan tindakan hingga sekarang, tiada sebarang aktiviti dilaporkan lelaki itu, namun kami akan menyiasat dakwaan lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai 'Ayahanda Gunung Ledang'."Berikutan itu, sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi JAJ bagi membantu siasatan," katanya.

Tuesday, September 23, 2008

Kepada Sahabatku

Maha Agung Allah yang telah mempertemukan kita
Mengikat hati-hati kita dalam taman persaudaraan
Disana bunga-bunga cinta bermekaran
Wanginya terbawa angina ke sudut-sudut dunia
Mengundang manusia memasuki pintunya
Allah, saksikanlah, karenaMu kami saling mencinta
Sahabat, aku ingin terus mencintaimu
Jangan biarkan cinta ini layu dan pupus
Oleh paparan pengkhianatanmu padaNya
Yang engkau lakukan dengan kesadaran sepenuh jiwa
Aku tidak ingin cinta ini berubah menjadi kebencian
Sahabat, rawatlah cinta ini dengan menjaga cintamu padaNya
Pegang erat tanganku jika aku mulai melangkah ke lembah nista
Kikis karat di hati ini dengan ketajaman cinta tulusmu
Agar bunga-bunga cinta tetap mekar mewangi indah
Mengiringi langkah-langkah kita menujuNya